Tentang Spa Bekam Ar Rayyan Seremban

Sejarah

Selamat Datang

SPA BEKAM AR RAYYAN ditubuhkan pada 2 September 2015 sebagai pusat rawatan bekam berkonsepkan ‘MODERN SPA CLINICAL’ yang memberi jaminan keselesaan kepada pelanggan dan mengutamakan kebersihan dalam perawatan serta mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pada awal penubuhan bermula di Gombak (HQ) sehingga sekarang Spa Bekam Ar Rayyan telah mempunyai 31 cawangan di seluruh Malaysia. Kami mempunyai beberapa orang penasihat dari bidang perubatan dan fisioterapi bagi memastikan perjalanan operasi mengikut garis panduan yang betul.

Sebahagian terapis kami juga berpengalaman dalam bidang perubatan dan fisioterapi. Semua kakitangan serta terapis adalah warganegara Malaysia. Pelanggan kami terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, lelaki dan wanita

Sejarah Bekam

Bekam adalah salah satu kaedah pengubatan tertua dalam sejarah, yang melibatkan pengeluaran darah kotor atau bahan penyebab penyakit dari badan dengan menggunakan alat sedutan seperti tanduk, cawan, atau lintah. Bekam dipercayai dapat membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, meningkatkan peredaran darah, dan menyeimbangkan tenaga dalam badan.

Bekam sudah dikenal sejak sebelum masa Rasulullah SAW, bahkan terapi ini sudah ada sejak ribuan tahun sebelum masehi dan merupakan terapi pengobatan tertua dalam sejarah. Bekam sudah digunakan di kerajaan Sumeria, kemudian terus berkembang sampai Babilonia, Mesir kuno, Persia hingga Cina. Di negara-negara Arab, orang berbekam dengan menggunakan cawan kaca atau mangkuk tinggi. Sedangkan di negara China, orang menggunakan tanduk.

Pada zaman Nabi Muhammad SAW, beliau sendiri menganjurkan dan mengamalkan bekam sebagai salah satu sunnah yang dapat mendatangkan kebaikan dan kesehatan. Nabi SAW menggunakan tanduk kerbau atau sapi, tulang unta, gading gajah, atau cawan tembaga sebagai alat berbekam. Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya pengubatan yang paling baik adalah bekam” (HR. Bukhari dan Muslim). Nabi SAW juga bersabda: “Jibril selalu menyuruhku berbekam sehingga aku mengira bahwa bekam itu wajib bagi setiap umatku” (HR. Ahmad).

Bekam juga mendapat pengiktirafan dari para ulama dan ahli perubatan Islam yang terkenal seperti Imam Syafi’i, Imam Ghazali, Ibnu Sina, Al-Zahrawi, dan lain-lain. Mereka menulis tentang manfaat dan kaedah bekam dalam kitab-kitab mereka yang menjadi rujukan ilmu perubatan hingga kini.

Pada abad ke-18 masihi, orang Eropah menggunakan lintah sebagai alat untuk berbekam. Sebuah jurnal mengatakan bahawa pernah sekitar 40 juta lintah diimport oleh Perancis untuk tujuan itu. Lintah-lintah tersebut akan dilaparkan terlebih dahulu dengan tidak diberi makan. Jadi, bila lintah itu ditempelkan pada tubuh manusia dia akan terus menghisap darah dengan begitu efektif sekali. Setelah kenyang lintah itu tidak akan menghisap darah lagi dan terus jatuh.

Pada zaman moden ini, peralatan bekam yang digunakan telah disesuaikan dengan perkembangan teknologi dan kebersihan, seperti menggunakan cawan plastik atau silikon yang dilengkapi dengan pam vakum atau magnet untuk menarik darah. Selain itu, terdapat juga jenis-jenis bekam yang berbeza seperti bekam angin, bekam api, bekam akupunktur, dan lain-lain yang sesuai dengan keperluan dan kesesuaian pelanggan.

Spa Bekam Ar rayyan adalah sebuah pusat rawatan yang menawarkan perkhidmatan bekam yang profesional dan berkualiti. Kami mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang ini dan kami menggunakan peralatan yang moden dan steril untuk memastikan keselamatan dan keselesaan anda. Kami juga menyediakan khidmat nasihat dan konsultasi percuma untuk membantu anda memilih jenis bekam yang paling sesuai untuk anda. Kami menjamin anda akan merasai perbezaan yang ketara selepas menjalani sesi bekam di Spa Bekam Ar rayyan.

Jangan tunggu lagi, hubungi kami sekarang untuk membuat temujanji atau kunjungi laman web kami untuk maklumat lanjut. SSpa Bekam Ar rayyan – tempat anda mencari kesihatan dan kebahagiaan.

Arah Tuju

Misi dan Visi Kami

Memastikan segala aspek kebersihan dan garis panduan dalam kaedah rawatan dipatuhi serta kepuasan pelanggan menjadi keutamaan

Menjadikan amalan ‘BEKAM’ sebagai rawatan pelengkap ‘KOMPLIMENTARI’ untuk penjagaan kesihatan.

Mempopularkan dan mengangkat amalan ‘BEKAM’ ke tahap yang lebih tinggi jesteru mendapat penerimaan yang positif pada masyarakat.

Suasana Spa Bekam Addon

Our Experts

Staf Kami

elements-summer-sale-banner-NK5W2VA_leaf_5.png

Dato Abdun Nasir

Pemilik / Pengarah Urusan

Fina

Perawat

Aiman

Perawat

Tengku Za

Perawat

Perkhidmatan terbaik untuk anda

Kami berpengalaman selama 8+ tahun

Perkhidmatan terbaik untuk anda

Maklumat lain

  • Slogan : “Rejuvenate, Revitalize & Refresh”.
  • Konsep : Moden Spa Klinikal
  • Bilangan Cawangan : 31
  • Rawatan Yang Ditawarkan : Bekam Sunnah, Bekam Inframerah, Bekam Migrain, Bekam Seri Wajah, Bekam Kaki, Urutan Badan dan Urutan Aromaterapi
  • Jumlah Perawat  : 7 Orang
  • Jumlah Bilik Rawatan : 8 Bilik
  • Jumlah Pelanggan Maksima Dalam 1 Hari : 40 Orang
  • Kemudahan : Wifi Percuma, Surau, Ruangan Menunggu, Mesra Kanak-Kanak
  • Privasi Pelanggan : Bilik Rawatan Lelaki & Wanita Berasingan
  • Bahasa Komunikasi : Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu
  • Jumlah Pakej Rawatan : 12
  • Menerima Pelanggan : Pelbagai Kaum,Bangsa & Agama (Lelaki & Wanita)
  • Keutamaan Kami : Kebersihan, Keselesaan, Layanan Mesra, Mengikut Sop, Kemudahan Fasiliti
  • Servis : Memberi Perkhidmatan Professional Serta Perkhidmatan Terbaik Dengan Menawarkan Pakej Rawatan Dengan Harga Yang Berpatutan
  • Operasi Waktu : Semenanjung Malaysia Setiap Hari 10am-10pm
0:00
0:00